Take Care Of My Boy - Chapter 3




Flashback



Myunghee’s POV


      Aisshh. Aku dah lambat. Macam mana aku boleh lupa nak set alarm? Semalam nak sangat tengok Music Bank sampai lewat malam sampai lupa nak set alarm. Eli oppa pun dah ingatkan awal-awal. Aku je yang lupa. Aku berlari dengan secepat yang mungkin sambil membawa kerja kursus yang Teacher Eunjung minta. Teacher Eunjung suruh aku hantar kerja kursus ni waktu pagi sebelum waktu persekolahan bermula. Sekarang ni dah pukul berapa? Aku melihat jam yang berada di pergelangan tanganku sambil berlari. Disebabkan kesuntukkan masa,secara tidak sengaja aku terlanggar sedikit bahu-bahu orang lalu lalang.


     “Tumpang lalu,saya dah lambat ni.”


Tiba-tiba


     “BUKKK” Aku rasa aku terlanggar seseorang. Mesti seseorang yang aku langgar tu seorang yang kuat sehingga membuatkan aku jatuh terduduk. Mataku terpejam rapat untuk menahan kesakitan. Aku tak perasan pun kerja kursus aku tercampak kat mana. Kepala aku sakit.”Auchh”


Donghae’s POV:


     ”Donghae,cikgu nak jumpa kau sekarang di bilik guru. Ada hal penting.” Eunhyuk tiba-tiba menerjah masuk ke kelas. Semua yang berada di dalam kelas tu terkejut. Dia ni,tak boleh ke masuk kelas tak terjah. Aduhai. Dia kelihatan tercungap-cungap. Mungkin dia berlari dari bilik guru sampai kelas ni. Kemudian Eunhyuk menarik aku,aku belum nak letak beg aku kat atas kerusi lagi.


     “Yahh! Sabar lah.” Eunhyuk berhenti dan menunggu aku.


     “Kita kena cepat.” Eunhyuk menunjukkan wajah semangatnya. Nak jumpa cikgu je bukan nak berperang. Apalah kawan aku seorang ni. Selepas itu,dia berlari meninggalkan aku. Aku terpaksa berlari untuk mengejar Eunhyuk. Tiba-tiba


     “BUKKK”


     Siapa yang aku langgar ni? Eunhyuk ni,dia lari tak ingat. Sampai aku kat belakang ni pun dia boleh tinggalkan. Macam nak berlumba lari kat Olimpic pulak. Aku menggosok perlahan  bahuku. Rasa sakit. Kepala orang yang langgar ni keras macam batu. Kemudian aku bangun.


     “Auchh.” Aku mengalihkan pandanganku ke hadapan. Seorang perempuan rambut beralun sedang menggosok kepalanya dan agak kelam kabut. Perempuan tu terus bangun.


     “Yah,buta ke?Orang dah lambat ni. Nampak ke tak ni? Kalau tak nampak pergi kedai beli cermin mata” Perempuan tu tiba-tiba tengking aku. Kenapa pula? Apa salah aku? Patutnya salah dia lah.


     “Kau lah yang buta. Dah lah pendek. Kepala keras macam batu.” Aku menengking dia di khalayak ramai. Aku kena mempertahankan maruah aku. Tapi aku dah tak cool dah bila aku tengking dia. Aishh,dah tak boleh tarik balik.


     “Apa? Pendek? Pendek kau kata? Eah aku ni dah kira tinggi dah tau.” Perempuan itu menonjetkan kaki dia untuk sama tinggi dengan aku.Hahah. Kelakar pula aku rasa. Donghae,ni bukannya masa untuk kau gelak. Serius Donghae!


Myunghee’s POV:


     “Apa? Pendek? Pendek kau kata? Eah aku ni dah kira tinggi dah tau.” Aku terpaksa menonjetkan kaki aku supaya aku dapat sama tinggi. Aku sangat marahkan dia sampai terlupa tentang kerja kursus yang Teacher Eunjung minta.


     Alamak. Teacher Eunjung. Aku terus melihat jam. Dah lambat. Aku terus berlari sambil menyandang beg sekolahku. Beg sekolah aku ni memang susah. Menyesal aku beli beg sandang. Dah pertengahan tahun dah,baru nak merungut. Aku sempat melihat tanda nama dia, tertulis LEE DONGHAE.


     “Kau ni..”


     “Kbaii,aku ada hal. Esok esok je lah kau sambung marah kau tu. Aku dah late ni.” Dia belum sempat membalas kata-kataku lagi. Aku sudah memotong ayat lelaki itu. Biarlah. Aku meninggalkan lelaki yang bernama Lee Donghae tu dalam keadaan terpinga-pinga. Tapi aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Aaahhh,nanti-nanti je lah aku fikir tu. Sekarang aku kena kejar masa. Takut Teacher Eunjung potong markah kerja kursus aku nanti.


Donghae’s POV:


     “Kbaii,aku ada hal. Esok esok je lah kau sambung marah kau. Aku dah late ni.”


     Perempuan tu memang lah. Aku baru je nak mulakan perang mulut. Dia dah blah dengan mengucapkan “Kbaii,aku ada hal. Esok esok je lah kau sambung marah kau.” Senang je. Eah,aku pun dah lambat ni. Aku baru nak meneruskan langkah aku,tiba-tiba. Mataku tertarik dengan sesuatu benda yang yang tebal dan berwarna putih seperti folio. Aku pergi ke arah benda itu. Ouh,kerja kursus rupanya. Aku mengambil kerja kursus itu. Nama yang tertera KIM MYUNGHEE kelas 2 tahun 2. Aik,macam mana dia punya kerja kursus boleh tertinggal kat sini?


     “Donghae,cepat lah. Cikgu dah membebel dah tadi.” Eunhyuk tiba-tiba muncul kemudian dia menarik tangan aku. Kenapa banyak tiba-tiba yang berlaku hari ni? Aku ingatkan nak cari perempuan yang bernama Myunghee tu,tapi Eunhyuk dah tarik aku dulu,jadi tak sempat lah aku nak cari Myunghee.


*****

Myunghee’s POV:


     “Myunghee,mana awak punya kerja kursus,saya nak tengok?” Kerja kursus? Aku mencari kerja kursus di dalam beg sandang aku.


     Takde?! Takde?! Macam mana boleh takde ni? Takkan dah hilang kot. Teacher Eunjung sudah membuat muka garang di hadapan aku. Aku baru teringat. Tadi,perlanggaran yang tidak disengajakan. Mesti tercicir dekat tempat aku berlanggar tadi. Donghae! Mesti dia ambil. Mesti dia perasan kerja kursus tu dan ambil. Takkan lah dia rabun kot tak nampak kerja kursus tu.


     “Teacher,Mianhae. Boleh tak saya hantar kerja kursus tu esok?” Aku cuba untuk memujuk teacher tu dengan membuat muka aegyo.


     “Teacher,pleaseee..” Teacher mengeluh. Hahah.


     “Yela. Teacher beri masa sampai esok. Esok kalau tak hantar. KOSONG!” Teacher membuat bentuk kosong menggunakan ibu jari dan jari telunjuknya. 


     “Teacher memang terbaik. Sayang teacher.” Aku hampir-hampir nak peluk teacher. Nanti aku nak cari Donghae. Hurmm! Aku mengangguk dengan penuh semangat


     “Dah, Kamu ni kenapa angguk-angguk ni? Berangan ke? Baik kamu pergi ke kelas kamu. Kamu dah lambat dah ni.” Aah. Hari ni aku asyik lambat je.


     “Dhe.” *bow* Segan je cikgu nampak aku angguk tadi. Aku rasa macam nak hantuk je kepala aku.


*****

Tamat persekolahan


Myunghee’s POV:


     “Sujie,dah siap ke belum? Kajja!” Aku ingatkan nak cari lelaki tu. Masalahnya aku tak tahu dia kelas mana. Sekolah ni dah lah besar. Aku akan fikirkan alternatif lain. Tapi Teacher Eunjung nak esok. AAAHHH. Aku dalam dilema.


     “Kajja!” Sujie memeluk tangan aku. Dia memang suka buat macam tu. Tapi aku tak kisah. Aku tersenyum. Kami jalan bersama-sama. Chunji tak datang sekolah hari ni. Dia demam.


Tiba di pintu pagar depan


     Sedang aku berjalan,ada kelibat seorang lelaki yang memintas aku. Dia berjalan ke hadapan tanpa memandang kiri kanan dan kedua-dua tangannya dimasukkan ke dalam kocek. Hek eleh,bajet cool lah tu. Kejap. Yang tu lelaki yang bernama Donghae. Lelaki yang langgar aku tu.


     “Sujie,Sujie balik lah dulu. Cakap dengan Eli oppa MyungMyung balik lambat sikit.” Sujie yang tidak tahu apa-apa hanya mengangguk dan berjalan pulang sendirian. Dia faham aku.


     Aku tak cerita kat Sujie pun hal ni. Tak penting aku rasa. Aku mengikut Donghae.Dia hanya berjalan sambil bersiul. Buat masa ni dia tidak sedar apa-apa. Bila dia pusing belakang,aku akan menyorok di tiang atau kedai berdekatan dengan aku,tak pun aku akan buat sesuatu perkara yang tidak mencurigakan dia. Aku ikut saja ke mana dia pergi. Tapi kenapa aku kena menyorok? Sedangkan aku cuma nak tanya kat dia tentang kerja kursus jeh.

“Donghaeee!” Aku memanggil nama dia dengan kuat. Kemudian dia menoleh ke belakang dan memandangku. Aku terus melambai sambil berjalan ke arahnya.

“Kau nak apa?” tanya Donghae.

“Urmm, aku nak tanya, kau ada nampak kerja kursus aku tak time kita langgar tadi?”  balasku.

“Ouh, ada. Tapi kat kelas, aku nak pulangkan tapi tak sempat.” Dengan selamba dia membalas persoalan aku.

“Kat kelas? Aku kena hantar esok pagi kalau tak nanti aku dapat kosong.” Aku meninggikan sikit volume suara aku. Dah nak marah ni, tapi aku tahan. Masalah takkan selesai dengan kemarahan. Sabar Myunghee.

“Yelah, esok pagi lah aku bagi kau. Sempat kan?”

“Sempat ke? Takde, esok kita jumpa kat depan sekolah pukul 6.30 pagi. Aku tak nak hantar kerja kursus tu lewat.” Arahku.

“Tapi.ak.aku.”


    “Takde tapi-tapi. No excuses” Laju aku memotong ayatnya.


    “Aishh” aku dapat mendengar dia merengus.


    “Aku nak kena balik dulu. Hari dah lewat. Jumpa esok. Annyeong.” Aku  sempat melambai ke arah Donghae. Muka dia nampak tak puas hati je. Aaahh,takpe. Asalkan aku dapat kerja kursus tu esok.



*****

Keesokkan pagi


Donghae’s POV:


     Hari ni aku kena datang awal. Ni semua gara-gara kerja kursus tu. Kan bagus kalau aku tak kutip kerja kursus budak tu. Takde lah menyusahkan diri aku. Aku menguap. Mulutku terbuka luas.


    “Oit,menguap tu tutup lah mulut. Nanti lalat masuk.” Myunghee tiba-tiba menerjahku. Terkejut aku. Nasib baik aku tak terlompat. Be cool Donghae.

    “Haishh,kau ni jangan lah terjah aku macam tu. Dah jom ikut aku masuk sekolah.” Aku mengajak Myunghee. Aku yakin,takde sesiapa yang berada di sekolah sekarang ni. Melainkan pak guard, aku dan Myunghee, Baru pukul 6.30 pagi,siapa je yang nak datang seawal ni ke sekolah?


    “Errrrkk,kita tak nak tunggu pukul 7 lebih ke? Ada orang ramai sikit.” Aik, semalam dia yang bersungguh suruh aku datang awal nak ambil kerja kursus. Sekarang dia tak nak pula.


    “Dah jom lah.Takde pape lah.” Aku terus masuk sekolah tanpa menghiraukan Myunghee.


    “Yahh,tunggu aku.” Dia berlari terkedek-kedek untuk mengejarku.


Di kelas tahun 3 kelas 1


     Aku pergi mengambil kerja kursus Myunghee yang berada di bawah mejaku. Myunghee hanya mengikut langkahku.


    “Nah,kerja kursus kau. Lain kali jangan careless boleh tak? Menyusahkan aku je” Aku memberi kepada Myunghee.


    “Kamsa Donghae. AAAAAA. Nasib baik kau ada. Kalau tak mesti kerja kursus aku dapat kosong. Yeayy.” Myunghee happy sampai terlompat-lompat macam budak kecil. Dah macam kanak-kanak ribena pulak aku tengok. Secara tiba-tiba lampu suis termati. Kenapa tiba-tiba lampu suis termati ni? Tiba-tiba aku terasa seseorang memegang tangan aku.

“Donghae-ah, aku, aku, takut. Kau jangan tinggalkan aku tau.” Melalui suara itu, aku tahu dia dalam ketakutan. Genggaman dia semakin kuat. Aku pelik. Tak lama selepas itu, aku terdengar Myunghee menangis.

“Myunghee, kau, erkk, kau kenapa?” soalku. Tapi dia diam. Kemudian dia sandarkan kepala dia dia dadaku.

“Kenapa hati aku rasa berdebar-debar ni. Takkanlah aku dah suka kat dia.” Monologku. Aku hanya memandang dia dengan pandangan yang sayu.

“Myunghee tak suka gelap. Bila waktu gelap, Myunghee akan rasa keseorangan dan ditinggalkan. Myunghee tak suka macam tu.”


“Myunghee,kalau Myunghee ada masalah, Myunghee beritahu Donghae. Donghae akan selalu ada di sisi Myunghee.” Aku yakin, dia ada simpan sesuatu. Setelah setengah jam berlalu, barulah lampu suis hidup.

Dia terus pergi sambil mengesat air matanya tanpa memandangku. Aku harap aku boleh mendampingi dia. Aku memegang dadaku.Kenapa hati aku berdebar-debar tadi?



End Flashback